Perkembangan dan ledakan ICT yang berlaku di seluruh dunia juga telah mendorong pihak sekolah memperkasakan projek ICT. Di bawah pusat sumber sekolah, pihak sekolah telah berusaha sedaya mungkin memastikan PSS menjadi satu sumber kepada semua warga seri dalam erti kata yang sebenarnya.
Di SMK Seri Tanjong, terdapat 4 buah makmal komputer yang dikenali sebagai Siber Seri. Siber Seri 1 dan 2 merupakan inisiatif Kementrian kepada pihak sekolah, begitu juga pemilihan SMK Seri Tanjong mendapat satu lagi makmal iaitu Pusat Akses yang diberi nama Siber Seri 4. Selain itu, pihak sekolah juga di bawah pembiayaan PIBG telah mewujudkan satu lagi makmal iaitu Makmal Siber Seri 3 yang memiliki 40 buah komputer.
Kini, semua makmal tersebut telah mendapat capaian internet samada menggunakan LAN atau wifi. Usaha ini bagi memastikan Makmal Siber Seri menjadi pusat atau tempat bagi mendapatkan sumber yang kini hanya di hujung jari. Seterusnya dapat memastikan PSS sebagai penggerak lahirnya generasi ICT.
Transformasi Nasional 2050 atau TN50 adalah satu usaha untuk membentuk masa depan Malaysia bagi tempoh 2020 hingga 2050. Dari sebuah negara maju, kita harus menyasar untuk menjadi antara negara teratas di tangga dunia dalam ekonomi, kesejahteraan rakyat dan inovasi.
Sasaran ini harus diisi dan diberi makna oleh warga Malaysia sendiri.
Oleh yang demikian, bagi memastikan ianya terlaksana, maka menjadi tanggungjawab generasi muda masa kini melengkapkan diri sepenuhnya dengan ilmu pengetahuan yang akan menjadi bekal mereka menghadapi dan merealisasikan Transformasi 2050.
Antara trend teknologi masa hadapan yang dinyatakan dalam laman rasmi TN50 (https://mytn50.com/) adalah
"Gerbang
maya semakin digunakan dalam interaksi kita. Penggunaan perkhidmatan
melalui platform digital seperti pendidikan, penjagaan kesihatan dan
pelancongan maya menjadi amalan biasa.Semua bangunan, kenderaan pengangkutan dan kemudahan bandar adalah 'pintar' dan saling berhubung ke 'grid pintar'. Isu-isu privasi yang berpotensi contohnya pengawasan jenayah, ramalan kepolisan.
Lenyapnya pejabat. Orang tidak lagi berulang-alik ke tempat kerja sebaliknya lebih banyak dilaksanakan melalui peranti di rumah."
Oleh yang demikian, atas dasar inilah kurikulum baru di bawah KSSM telah memperkenalkan matapelajaran Asas Sains Komputer kepada pelajar tingkatan kini. Bermula generasi merekalah yang akan menjadi belia dan pengerak kemajuan negara ada masa itu. Mereka perlu berdepan dan seiring dengan perkembangan teknologi, yang semuanya bersifat digital dan alam maya.
Dalam kurikulum ASK, pelajar akan dilatih untuk berfikir secara komputasional, menghasilkan aplikasi-aplikasi digital dan pintar.
Semoga generasi akan datang yang lahir dari masa kini dapat merealisasikan
Transformasi Nasional 2050
Selain dari memasuki pertandingan Blog Tahun 2017, blog ini juga dibangunkan untuk pelajar-pelajar khususnya yang mengambil mata pelajaran Asas Sains Komputer. Para pelajar boleh mendapatkan bahan (nota ) mengikut topk di ruangan nota dan interaktif ASK
Selain itu, para pelajar juga boleh menghantar tugasan mereka melalui menu upload dengan cara yang mudah.
Pertandingan laman blog peringkat negeri Melaka yang dianjurkan oleh Perpustakaan Sekolah-Sekolah Negeri Melaka (PUSTAKAM) tahun 2017 yang bertemakan Pusat Sumber penggerak generasi ICT menjadikan Asas Sains Komputer (ASK) sebagai pemangkin transformasi 2050. Sekolah yang mengelolakan pertandingan ini adalah SMK Sultan Mansor Shah, Alor Gajah, Melaka. SMK Seri Tanjong sekali lagi telah menyertai pertandingan ini. Pertandingan ini akan mewujudkan persaingan yang sihat di kalangan Perpustakaan Sekolah-sekolah Negeri Melaka. Dengan perkembangan ICT dan internet , segala maklumat boleh diperoleh dengan mudah. Oleh itu, PUSTAKAM menganjurkan pertandingan ini bagi membina laman blog bertujuan memantapkan lagi penyampaian maklumat Perpustakaan Sekolah-sekolah Negeri Melaka berikutan perkembangan teknologi maklumat telah mengubah cara manusia berkomunikasi dan menyampaikan maklumat.




















